KLUANG 135LC OWNER CLUB
Jom bersama-sama kami dalam membangunkan golongan belia bermotosikal. Banyak aktiviti dan kelebihan yang anda akan dapat dengan bersama-sama kami.
Friday 6 April 2012
Kenangan 2011
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana KLOC semakin dikenali terutamanya di daerah Kluang. Untuk tahun 2011 sahaja, KLOC telah terlibat dengan lebih kurang 50 event yang terdiri daripada event rasmi KLOC sendiri, event2 jemputan dari jabatan2 kerajaan, event2 jemputan dari NGO, Yamaha dan banyak lagi. Meskipun kadang2 terdapat sedikit pergolakan, ianya adalah perkara biasa dalam sesebuah komuniti ataupun kelab. Yang paling penting adalah ianya dapat diselesaikan dengan baik. Apa2 pun, ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa KLOC dan ahli2 lain yang sentiasa menyokong apa jua aktiviti KLOC. Diharapkan untuk tahun 2012 ini, kita akan lebih baik dan lebih maju dari sebelumnya. Insyaallah.
Sunday 5 February 2012
Seminar Lans Koperal Mamat & Dr. Moto - 17 Disember 2011
Seminar Lans Koperal Mamat & Dr. Moto adalah sebuah program yang dianjurkan untuk memupuk kesedaran tentang keselamatan jalanraya dikalangan penunggang-penunggang motosikal. Program ini telah diadakan di Summit Parade Batu Pahat pada 17 Disember 2011. Ia juga telah menarik minat beberapa kelab di sekitar Johor untuk menyertainya antara kelab-kelab tersebut ialah KLOC sendiri, Kota Tinggi Bikers, Honda Wave Club, Mylamoc dan juga Yamalaya. Berbagai tips dan info dapat di pelajari dari program ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi. We are brothers, together we ride!!!