KLUANG 135LC OWNER CLUB

Jom bersama-sama kami dalam membangunkan golongan belia bermotosikal. Banyak aktiviti dan kelebihan yang anda akan dapat dengan bersama-sama kami.

Aktiviti menarik sepanjang tahun

Pelbagai aktivi menarik menanti anda semua

Friday 6 April 2012

Perjalanan Ke Himpunan Sejuta Belia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya 2011

Sebuah video untuk dipertontonkan kepada rakan2 semua.

Intro Video for KLOC

Intro video untuk KLOC. Dihasilkan menggunakan Adobe After Effect CS4. 

Kenangan 2011

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana KLOC semakin dikenali terutamanya di daerah Kluang. Untuk tahun 2011 sahaja, KLOC telah terlibat dengan lebih kurang 50 event yang terdiri daripada event rasmi KLOC sendiri, event2 jemputan dari jabatan2 kerajaan, event2 jemputan dari NGO, Yamaha dan banyak lagi. Meskipun kadang2 terdapat sedikit pergolakan, ianya adalah perkara biasa dalam sesebuah komuniti ataupun kelab. Yang paling penting adalah ianya dapat diselesaikan dengan baik. Apa2 pun, ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa KLOC dan ahli2 lain yang sentiasa menyokong apa jua aktiviti KLOC. Diharapkan untuk tahun 2012 ini, kita akan lebih baik dan lebih maju dari sebelumnya. Insyaallah.

Sunday 5 February 2012

Seminar Lans Koperal Mamat & Dr. Moto - 17 Disember 2011

Seminar Lans Koperal Mamat & Dr. Moto adalah sebuah program yang dianjurkan untuk memupuk kesedaran tentang keselamatan jalanraya dikalangan penunggang-penunggang motosikal. Program ini telah diadakan di Summit Parade Batu Pahat pada 17 Disember 2011. Ia juga telah menarik minat beberapa kelab di sekitar Johor untuk menyertainya antara kelab-kelab tersebut ialah KLOC sendiri, Kota Tinggi Bikers, Honda Wave Club, Mylamoc dan juga Yamalaya. Berbagai tips dan info dapat di pelajari dari program ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi. We are brothers, together we ride!!!








Monday 19 December 2011

Salam Pembukaan

Assalamualaikum.. Salam pembukaan warga-warga KLOC. Alhamdulillah blog ini adalah blog rasmi KLOC. Maaf sekiranya terdapat kekurangan serta kelambatan dalam menerbitkan blog ini. Blog ini juga mendapat sentuhan dari admin blog LC Crew Perak berikutan saya mempunyai beberapa masalah semasa membina blog ini. Diharapkan rakan-rakan dapat menggunakan blog ini dengan baik dan sentiasa melawat blog ini. Tujuan pembinaan blog ini adalah untuk menarik lebih ramai ahli dari ruang cyber. Sedikit sebanyak blog ini dapat memberi info kepada mereka tentang KLOC dan bagaimana untuk menyertai KLOC. 

Sekiranya terdapat sebarang komen, cadangan atau masalah, boleh berhubung melalui fb kami -KLOC- atau melalui email belia135lc@yahoo.com


Tuesday 28 June 2011

Welcome TO KLOC

This blog still under construction

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More